Kabinet atau perabot adalah pelengkap untuk setiap rumah. Boleh dikatakan setiap rumah wajib memiliki kabinet samada yang pasang siap ataupun melalui tempahan. Kabinet dapur contohnya merupakan aksesori utama di dapur. Ianya membantu tuan rumah untuk menyimpan barangan dapur malah merupakan antara deko wajib pada ruang dapur.
>>> KLIK SINI UNTUK MELIHAT CONTOH KABINET <<<
Perbezaan Perabot Pasang Siap (Ready Made) Dengan Perabot Tempahan (Custom Made)
Perabot, kabinet, rak, almari atau seangkatan namanya adalah merupakan antara item yang paling penting bagi menentukan keselesaan dan kecantikan bagi sesuatu ruang di dalam rumah.
Untuk sesetengah tuan rumah, memiliki perabot dengan pilihan rekabentuk sendiri adalah ‘mesti’ manakala ada tuan-rumah tidak kisah ‘asalkan ada’.
Memandangkan terdapat pelbagai saiz dan rekabentuk perabot kini yang dipamerkan kedai-kedai, adalah sukar untuk menentukan yang mana satu mengikut kehendak tuan rumah, ruang rumah dan yang penting sekali mengikut bajet tuan rumah.
Kami buat sedikit nota beberapa poin penting kepada anda sebagai tuan rumah untuk menentukan samada mahu pasang perabot ‘custom made’ atau ‘ready made’.
Peruntukan Masa Yang Anda Ada Untuk Memiliki Perabot?
Jika anda mahu guna cepat, perabot ‘ready made’ adalah jawapannya. Hanya perlu ke kedai, pilih dan pasang di rumah. Perabot ready made selalunya senang dipasang dan anda sendiri akan buat ukuran dan cari perabot yang bersesuaian yang ada di kedai.
Manakala, untuk ‘custom made’ ianya akan mengambil masa sedikit. Selepas anda memilih perabot, pemasangan akan dilakukan dalam masa 2-3 minggu.
Ada pepatah mengatakan “walaupun lambat asalkan selamat”. Kami pula berpendapat, “biar lambat sikit asalkan puas hati”
Adakah Perabot Ini Yang Benar-Benar Anda Mahukan?
Tidak dinafikan perabot ‘ready made’ sekarang pun dah banyak pilihan. Dah banyak design. Jika anda ada mencari di merata tempat, mungkin anda jumpa perabot yang anda inginkan.
Tapi apa yang sering berlaku bukan semua pilihan yang anda mahukan tidak sesuai pula dengan ruang di rumah. Manakala jika perabot ‘custom made’, sudah pasti ianya merupakan perabot yan anda mahukan.
Adakah Perabot Ini Memberi Pulangan Wang Kepada Anda?
Bajet atau kos merupakan faktor utama yang anda perlu tentukan. Jika anda dapat memiliki perabot ‘ready made’ dengan kualiti yang baik, sesuai dengan ruang dan berharga rendah ianya merupakan bonus kepada anda selaku tuan rumah.
Harga bagi sesuatu perabot ‘ready made’ selalunya lebih rendah daripada harga perabot custom made kerana perabot ready made dibuat secara bulk (sekali buat, banyak).
Kualiti buatan secara banyak juga tidak dititikberatkan. Keberangkalian mempunyai design rekebentuk yang sama dengan orang lain juga ada.
Manakala bagi perabot ‘custom made’, anda membayar pakar atau tukang mahir yang membina perabot anda. Jadi harga sedikit melebihi perabot ready made. Kualiti dijaga.
Adakah Perabot Mengikut Ukuran Ruang Rumah Anda?
Perabot ‘ready made’ mempunyai ukuran fit. Ukuran mati.
Manakala perabot ‘custom made’ sudah tentu ikut ukuran ruang di rumah anda. Anda boleh tentukan size bersesuaian yang anda mahukan.
Rumah Anda, Pilihan Anda
Secara keseluruhannya, jika mahu cepat, bajet terhad dan keadaan yang memaksa untuk memiliki perabot yang dikehendaki, perabot ‘ready made’ adalah jawapannya.
Jika anda boleh meluangkan masa sedikit untuk memilih rekabentuk, memilih untuk mengoptimumkan ruang rumah, dan mempunyai bajet untuk memiliki perabot yang unik sesuai dengan kehendak anda dan anda akan HAPPY dengannya, perabot ‘custom made’ adalah jawapannya.